Isnin, 1 September 2014

TINGKATAN 1:SEL SEBAGAI UNIT KEHIDUPAN

BAB 2

SEL


  • Semua benda hidup sama ada tumbuhan atau haiwan dibina daripada sel.
  • Sel adalah unit asas bagi semua benda hidup.
  • Sel dapat dilihat melalui mikroskop sahaja.
         Rajah 1: Sel sebagai unit asas benda hidup

STRUKTUR SEL HAIWAN


•Terdiri daripada protoplasma sel (sitoplasma dan nukleus) dan membran sel.
•Protoplasma ialah bahan separa pepejal atau bahan berupa jeli.
•Nukleus ialah jasad berbentuk bujur atau bulat yang berada di tengah-tengah sel.
•Sitoplasma merupakan bahan yang berada di sekeliling nukleus. Ianya lebih nipis dan berair daripada nuklues.
Sitoplasma didefinisikan sebagai bahan yang berada di antara membran sel (membran palsma) dan pembalut nukleus.

STRUKTUR SEL TUMBUHAN


•Kebanyakan  sel tumbuhan berbentuk segi empat tepat.
•Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang tegar dan dibina daripada sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai selulosa.
•Terdapat juga bahagian sel tumbuhan yang tidak mengandungi sitoplasma. Ianya dikenali sebagai vakuol dan
mengandungi sap sel yang merupakan larutan gula dan garam yang sangat cair.
• Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil iaitu sejenis pigmen hijau yang hanya dijumpai dalam sel tumbuhan sahaja. Klorofil sangat penting dalam proses fotosintesis bagi tumbuhan membuat makanannya sendiri.
Fungsi klorofil adalah untuk memerangkap tenaga matahari.

FUNGSI STRUKTUR SEL

Bahagian sel

Fungsi

NukluesMengawal semua aktiviti sel.
SitoplasmaMenyimpan bahan terlarut.
Membran selMelindungi sel dan mengawal masuk dan keluar bahan terlarut melaluinya.
Dinding selMelindungi dan memberi bentuk tetap kepada sel.
KloroplasMengandungi klorofil untuk proses fotosintesis. Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia (makanan).
VakuolMengandungi sap sel yang terdiri daripada bahan terlarut.


PERBANDINGAN ANTARA SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan