Isnin, 1 September 2014

TINGKATAN 1:SUMBER TENAGA

BAB 6

Tenaga (energy) didefinisikan sebagai keupayaan untuk melakukan kerja(ability to do work).
Sebagai contoh, tenaga diperlukan untuk berlari, memanjat pokok, menyalakan mentol, menunggang basikal, dan mendayung sampan.

Semua hidupan (living things) memerlukan tenaga bagi melakukan aktiviti harian mereka.

Manusia dan haiwan mendapatkan tenaga daripada makanan yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau haiwan-haiwan lain.

Tumbuhan mendapatkan tenaga daripada makanan yang dihasilkan semasa proses fotosintesis (photosynthesis).

Tenaga diukur dalam unit Joule (J).

Tenaga didapati dalam pelbagai bentuk:
  1. Tenaga kinetik (kinetic energy).
  2. Tenaga keupayaan (potential energy).
  3. Tenaga Haba (heat energy).
  4. Tenaga cahaya (light energy).
  5. Tenaga bunyi (sound energy).
  6. Tenaga kimia (chemical energy).
  7. Tenaga elektrik (electrical energy).
  8. Tenaga nuklear (nuclear energy).
  9. Tenaga mekanikal (mechanical energy).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan