BAB 1
Organ-organ Deria
- Manusia mempuyai 5 organ deria utama, iaitu;
- Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan ransangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita.
- Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
- Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia adalah sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.
- Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.
Organ deria
|
Jenis deria
|
Ransangan dikesan
|
Kulit
|
Sentuhan
|
Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas
|
Hidung
|
Bau
|
Bahan-bahan kimia
|
Lidah
|
Rasa
|
Kimia
|
Telinga
|
Pendengaran & keseimbangan
|
Bunyi
|
Mata
|
Penglihatan
|
Cahaya
|
· Laluan dari rangsangan kepada tindakbalas.
Rangsangan —- > organ deria —-> saraf —> otak — >saraf — > tindakbalas.
- Saraf bersambung dengan otak kepada semua bahagian dalam badan.Ia menghantar isyarat dari organ deria ke otak. Otak akan mentafsirkan mesej dan otak akan mengarahkan bagaimana badan harus bertindakbalas.
- Otak akan menghantar maklumat dalam bentuk impuls saraf tentang tindakbalas kepada efektor yang tertentu. Efektor adalah bahagian badan yang membawa tindakbalas, contohnya otot dan kelenjar. Otak mengawal semua aksi dan tindakbalas badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan