BAB 2
SISTEM PEREDARAN DARAH DALAM BADAN MANUSIA
Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan kecuali mati.
Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!
Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!
Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan vena
KAPILARI
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.
ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.
VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.
KANDUNGAN DARAH MANUSIA
Darah sebenarnya terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma. Darah berwarna merah kerana ada pigmen merah yang disebut sebagai hemoglobin. Jom tengok satu persatu kandungan dalam darah!
Sel darah merah merupakan sel yang berbentuk cakera dan cembung. Sel ini berwarna merah kerana mengandungi pigmen (pewarna) merah yang juga dikenali sebagai hemoglobin. Sel ini tidak bernukleus. Fungsi untuk sel darah merah adalah untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jangka hayat bagi sel darah merah adalah selama 120 hari.
Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk yang tetap. Bentuk macam-macam. Namun begitu, sel darah putih mempunyai nukleus. Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakitdengan membunuh bakteria dan juga mikroorganisma dalam badan dengan penghasilan antibodi. Selain daripada itu, sel darah putih juga menghasilkan antitoksin. Jangka hayat bagi sel darah putih adalah selama 2 hari hingga 2 bulan.
Platlet pula adalah kepingan sel pecah yang sangat kecil. Platlet tidak mempunyai nukleus. Oleh kerana ia nya adalah sel-sel yang pecah, maka ia tidak mempunyai bentuk yang tetap. Platlet berfungsi untuk membantu dalam pembekuan darah. Selain daripada itu, platlet juga memulakan proses penyembuhan dan membaiki luka-luka pada sel.
Akhir sekali adalah plasma, iaitu bendalir yang ada bersama-sama bahan lain untuk membentuk darah. Plasma sebenarnya adalah 90% air dan 10% bahan terlarut. Antara bahan terlarut yang ada dalam plasma adalah nutrien, garam mineral, bahan kumuh, protein terlarut dan juga hormon. Selain daripada itu, plasma juga mengangkut bahan yang tidak larut dan haba keluar dari badan.
Mengapa darah berwarna merah?
dan
Apa yang ada dalam darah anda?

SISTEM PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN
Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untukmengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.
Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.
Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.
Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.
Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.
Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untukmengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.
Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.
Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.
Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.
Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan