BAB 3
Sifat-sifat Jirim
Jirim wujud dalam tiga bentuk iaitu pepejal, cecair dan gas.
Pergerakan Zarah Dalam Jirim
Zarah-zarah dalam jirim (dalam sebarang bentuk fizikal) adalah sentiasa bergerak. Walaupun demikian, kadar (rate) dan jenis pergerakan (type of movement) zarah dalam setiap bentuk fizikal adalah berbeza. Berikut adalah jenis-jenis pergerakan zarah dalam:
- Pepejal (solid)
Zarah tidak bergerak bebas kerana daya tarikan antara zarah adalah sangat kuat. Zarah-zarah hanya boleh bergetar dan berputar di sekitar kedudukan tetap mereka. - Cecair (liquid)
Zarah bergerak bebas kerana daya tarikan antara zarah kurang kuat. Zarah-zarah berlanggar (collide) antara satu sama lain. - Gas
Zarah bergerak dengan bebas dan secara rawak kerana daya tarikan antara zarah sangat lemah. Zarah-zarah juga bergerak pada kelajuan yang sangat tinggi.
Gerakan bebas atau gerakan Brown (Brownian motion) adalah gerakan zarah dalam semua arah pada kelajuan yang tinggi.
- Gerakan bebas adalah disebabkan oleh perlanggaran antara zarah-zarah, atau antara zarah-zarah dan bekas (container) mereka.
- Pergerakan bebas berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah melantun (particles rebound), iaitu zarah bergerak melantun dan berterusan berikutan perlanggaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan