Isnin, 1 September 2014

TINGKATAN 3:KEELEKTRIKAN

BAB 7

Semua jirim (matter) adalah darpada zarah halus/seni yang dipanggil atom.

Struktur atom

Struktur atom.

  • Atom mengandungi zarah protonneutron dan elektron. Proton dan neutron membentuk nukleus atom, manakala elektron pula bergerak mengelilingi nukleus (nucleus).
  • Proton dan elektron mempunyai cas elektrik, manakala neutron tidak mempunyai cas elektrik.
  • Proton bercas positif (+) dan elektron bercas negatif (-).
  • Atom mengandungi jumlah proton dan elektron yang sama, menjadikan ianya seimbang. Oleh itu, suatu atom itu tidak mempunyai cas elektrik.

Suatu atom itu akan mempunyai cas apabila terdapat pemindahan elektron.
  • Suatu objek itu adalah neutral jika atomnya mempunyai jumlah proton yang sama dengan elektron.
  • Suatu objek itu bercas positif jika atomnya mempunyai jumlah proton yang melebihi jumlah elektron.
  • Suatu objek itu bercas negatif jika atomnya mempunyai jumlah elektron yang melebihi jumlah proton.

Pemindahan elektron menyebabkan dua jenis fenomena elektrik:
  1. Elektrik statik (static electricity), fenomena dimana cas adalah statik/tidak bergerak.
  2. Arus elektrik (current electricity), fenomena dimana cas adalah bergerak.

Elektrostatik (electrostatics) adalah kajian mengenai cas elektrik statik atau cas elektrik pada keadaan rehat (tidak bergerak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan