Isnin, 1 September 2014

TINGKATAN 2:TEKANAN UDARA

BAB 6

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian
Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minuman 

Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman. 

Penyedut udara tekanan udara

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari. 


Picagari tekanan udara

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder. 


Pam semburan tekanan udara

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon. 


Sifon tekanan udara

5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.


Paip tersumbat tekanan udara

6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.


Tin dengan dua lubang tekanan udara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan